KUALA LUMPUR: Bekas pelakon terkenal, Wardina Safiyyah memberitahu penularan wabak Covid-19 mampu dibendung jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan dengan betul.
Menurut Wardina, 42, yang kini menetap di Australia berkata, pelaksanaan itu juga disuntik dengan bantuan kerajaan bagi membantu ekonomi rakyat yang terjejas akibat PKP penuh.
“Sebenarnya kami di sini tak ada nak lockdown lama-lama mana pun. Dalam pemerhatian saya, bila lockdown yang betul akan mampu kawal penularan kes sebelum ia merebak itu membuatkan kami sukses di sini. Secara tidak langsung dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa semula.
“Tetapi… kita tidak boleh bandingkan antara Malaysia dan Australia sebab sini negara kaya. Kerajaan di sini ada salurkan pakej stimulus lebih kurang AU$130 bilion kepada penduduk di sini. Orang yang hilang kerja dapat bantuan duit malah bil hospital pun akan dilunaskan oleh kerajaan.
“Dalam masa sama, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut bekerjasama dengan parti lain untuk membendung Covid-19,” kongsi Wardina bersama ahli politik Anfaal Saari di TikTok.