“Kita sebagai yang dicucuk perlu main peranan” -Dr. Izzar minta orang ramai periksa picagari - Utusan Malaysia

“Kita sebagai yang dicucuk perlu main peranan” -Dr. Izzar minta orang ramai periksa picagari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari, menegaskan kepada orang ramai yang bakal mendapatkan vaksin agar sentiasa peka dan memerhati semasa petugas vaksinasi menyuntik vaksin kepada kita.

Menerusi entri Instagram, Izzar juga menggalakkan orang ramai agar meminta petugas berkenaan menunjukkan terlebih dahulu picagari sebelum dan selepas suntikan yang diterima.

Hal ini demikian kerana, sekaligus dapat mengelakkan berlakunya si penerima vaksin berkenaan mendapatkan suntikan kosong seperti yang tular baru-baru ini di media sosial.

“Kepada yang akan divaksinasi, minta petugas tunjuk dahulu picagari vaksin sebelum dan selepas disuntik. Periksa betul-betul, sebelum cucuk ada isi, selepas cucuk patut kosonglah kan.

“Sebab memang aka nada factor ‘human error’ ini. Kita sebagai yang dicucuk pun kena main peranan. Sentiasa bersangka baik dan jangan terburu-buru membuat kesimpulan. Kita kan orang islam.

“Orang itu pun dah dapat pun dos ulangan dia hari ini (semalam), kesian pula kena cucuk dua kali. Terima kasih kerana masih nak dicucuk,” coretnya di Instagram.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial berkenaan seorang individu yang mendapartkan vaksin secara pandu lalu tetapi didakwa picagari itu tidak ditekan oleh petugas vaksinansi berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya