KUALA LUMPUR: Pelakon, Mia Ahmad memberi pendidikan awal kepada anak-anaknya supaya mengenal Allah dan Rasul menerusi replika masjid.
Pelakon drama Hati Perempuan itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Anak-anak, ini masjid, rumah Allah. Mummy bayangkan kita ada ruang solat yang lagi besar dan cantik nanti, Insya-Allah.
“Semoga pengenalan kepada masjid ini dapat mengajar anak-anak mengenal Allah dan Rasul. Ibu bapa boleh cuba!
“Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga Allah menerima semua amal ibadah kita. Amin,” coretnya.
Hasil perkongsian itu rata-rata pelayar IG teruja dengan replika yang dilekatkan pada dinding tersebut selain dihujani ucapan salam lebaran.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 3, Iris, 1 tahun.