PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Fizo Omar, memaklumkan kepada semua yang dia bakal menamatkan zaman dudanya pada hujung tahun.
Menerusi entri Instagram, pelakon drama popular Adellea Sofea itu, memberitahu berita baik itu sebelum ramai pihak yang akan bertanya tentang perkara berkenaan.
“Sebelum semua tanya bila nak kahwin, Abe Joe jawab siap-siap. InsyaAllah hujung tahun”, coretnya ringkas.
Dalam perkongsian yang sama, pelakon versatil itu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 tahun, hari ini.
“Alhamdulillah, syukur boleh merasa usia 36 tahun. Terima kasih semua. Doakan Abe Joe okey,” tulisnya di Instargam.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet menitipkan doa buatnya agar diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki sekaligus mereka gembira dengan berita yang dikhabarkan itu.