KUALA LUMPUR: Bertepatan dengan arus pendigitalan semasa, platform rangkaian muzik, Joox, tampil memperkenalkan ciri baharu yang dikenali sebagai Joox Rooms.
Ciri interaktif terkini ini membolehkan pengguna berkomunikasi dalam kumpulan secara langsung, menerusi audio atau video serta bermain permainan malah berkongsi muzik kegemaran mereka dengan pengguna lain.
Timbalan Presiden Senior Joox, Poshu Yeung dalam kenyataan berkata, ciri baharu itu diwujudkan atas keperluan mengekalkan hubungan dalam kalangan rakan dan keluarga semasa musim pandemik ini.
“Kami sangat teruja dengan pelancaran Joox Rooms, yang membolehkan pengguna berjumpa dan mengekalkan hubungan bersama rakan dan keluarga sambil menikmati muzik yang mereka gemari.
“Feature terbaharu ini sudah pastinya akan mengujakan pengguna Joox,” katanya.