Johan jual baju untuk sara hidup - Utusan Malaysia

Johan jual baju untuk sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Johan Asari kini menjinakkan diri dalam bidang perniagaan menjual kemeja-T sebagai alternatif mencari sumber pendapatan selain berharap pada gaji lakonan.

Menurut pelakon filem Juvana: Perhitungan Terakhir itu berkata, keputusan tersebut dibuat bukan secara tiba-tiba namun komitmen kerja sebelum pandemik Covid-19 membuatkan perancangan itu tergendala seketika.

“Dalam bisnes ini saya dibantu oleh empat sahabat iaitu Ezzat, Farhan, Ghazali dan Farid. Asalnya kami merancang sekitar penghujung 2019 tapi saya lewat beri keputusan sebab berada di luar kawasan untuk penggambaran.

“Tidak dinafikan sejak di awal pandemik, sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi ramai orang. Disebabkan itu saya mencari idea untuk terus bergerak lebih maju ke depan. Apatah lagi kerja sebagai anak seni terpaksa ditunda atas faktor keselamatan ketika ini.

“Memandangkan penggambaran tertunda saya perlu mencari solusi untuk tampung pendapatan. Hasil perbincangan berempat tahun lalu, pada bulan Ogos dengan rasminya kami telah mengeluarkan kemeja-T pertama edisi kemerdekaan dengan kuantiti yang sederhana,” ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Tambah Johan Asari atau Johan Ariff As’ari, 34, dia mensasarkan bisnes yang diberi nama Reunite by Johan Asari itu akan diperluaskan lagi untuk lebih dikenali.

“Insya-Allah sekiranya ada rezeki lebih dalam jualan baju jenama Reunite, saya akan bantu dan berkongsi rezeki dalam pelbagai cara.

“Dalam ekonomi kini, ditambah lagi dengan pandemik, kita semua perlu mencari alternatif lain bagi meneruskan kehidupan kita. Tidak boleh nak bergantung harap dengan orang lain.

“Alhamdulillah, saya dikelilingi sahabat yang cukup menyokong dan banyak membantu dalam apa jua bidang diceburi,” akhirinya.

Sebagai informasi, bagi tujuan pembelian boleh layari Instagram dan Facebook Reunite Legacy serta ikuti perkembangan di saluran YouTube Johan Asari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya