KUALA LUMPUR: Penyanyi rap terkenal, Altimet memaklumkan dia dan seorang rakannya akan meronda sekitar kawasan Ampang, Lembah Keramat dan Gombak bagi tujuan menghulurkan bantuan barangan dapur pada Jumaat ini.
Altimet atau Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad, 42, berkata, mereka akan meronda pada waktu petang dan dia melarang aktiviti mereka dirakamkan mahupun ditegur.
“Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau di pintu depan rumah, untuk yang memerlukan. Tidak perlu malu, kami tak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan muat naik. Kamu jiran-jiran kami, celakalah kalau tak tolong jiran sendiri.
“InsyaAllah hajat kami meronda setiap Jumaat sehingga tiada satu pun bendera putih berkibaran. Untuk jiran-jiran lain yang ingin membantu, mohon salurkan dana ke akaun 564874006702 (Mineralline Cosmetics) yang telah kami kosongkan ini khas untuk menerima dana bantuan sahaja,” katanya.