“Ini kerja gila, ambil gambar orang tanpa kebenaran…” -Gambar Namron disalah guna - Utusan Malaysia

“Ini kerja gila, ambil gambar orang tanpa kebenaran…” -Gambar Namron disalah guna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Namron, meluahkan rasa berang kepada syarikat perniagaan tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan gambarnya sebagai pengiklanan produk ubat kuat mereka.

Di samping itu, pelakon filem Paskal itu turut menegaskan bahawa dia tidak memaafkan syarikat perniagaan berkenaan serta akan mengambil tindakan undang-undang jika pihak tersebut tidak memadam gambar berkenaan dengan segera.

“Ini kerja gila. Ambil gambar orang tanpa kebenaran dan menggunakan untuk jualan produk adalah salah di sisi undang-undang.

“Saya tidak memaafkan hangpa, jumpa di Padang Mahsyar geng! Semoga perniagaan terus melingkup tujuh keturunan dan mati pucuk sehingga mati,” tulisnya bernada berang di Facebook.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, perkongsian berkenaan mendapat perhatian daripada ramai pihak dan rata-rata mereka menyarankan kepada pelakon tersebut untuk saman syarikat terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya