Industri pancing tenat, perlu perhatian- Roob Ganesan - Utusan Malaysia

Industri pancing tenat, perlu perhatian- Roob Ganesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengusaha pancing, Roob Ganesan menggesa kerajaan untuk menetapkan langkah-langkah bagi membantu pengoperasian industri pancing sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Roob berkata, industri pancing sangat terkesan akibat krisis Covid-19 yang melanda negara ketika ini dan amat berharap industri itu mendapat perhatian sekali gus membenarkan pengoperasian semula.

“Industri kita sedang tenat. Ramai yang bergantung hidup dengan industri ini. Kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berpanjangan telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada pelbagai lapisan industri ini.

“Daripada penternak udang yang membekalkan umpan kepada kolam pancing. Kepada kedai pancing yang membekal peralatan pancing sehinggalah ke pekerja di kolam pancing. Malah pengusaha bot dan juga guide pancing.

“Namun, industri berkeras untuk memastikan komuniti pekerja dijaga kerana tidak mahu hilang punca pencarian. Tetapi ini mungkin akan bertukar sekiranya industri pancing tidak dibenarkan semula,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambah pemegang rekod dunia 2016 ikan Toman kelas 30 paun itu, jika diperhatikan sepanjang (PKP) dilaksanakan, belum ada kluster daripada arena tersebut.

“Sukan memancing adalah sukan berisiko rendah, kerana sukan berindividu. Lebih kurang macam golf. Tiada pemancing yang mahu berdekatan dengan pemancing lain. Jadi sudah automatik ada penjarakan sosial.

“Jadi saya berharap agar pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat mempertimbangkan rayuan kumpulan pengusaha pancing untuk membenarkan industri ini kembali beroperasi dengan SOP yang sudah ditetapkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya