KUALA LUMPUR: “Penipuan. Sila cuba lagi,”.
Itu jawapan balas penyanyi bersuara emas, Mafarikha Mohd Akhir, 29, atau lebih dikenali Mafa, kepada individu yang bertanyakan tentang saiz baju dalamnya di Instagram.
Mafa mendedahkan perbualan dia dan individu berkenaan menerusi tangkap layar. Ibarat ada udang di sebalik batu, itulah peribahasa sesuai menggambarkan senario yang dialaminya.
Pada masa sama Mafa mendakwa pemilik akaun bernama Fara Aniza itu bukanlah seorang wanita, tapi penyamar.
“Tolong berhati-hati dengan penyumbalewang konon-konon berlakon jadi perempuan ini ya. Selesai sekat! Waspada juga, sebab bukan di Instagram saja dia buat kerja.
“Jangan hairan kalau ada yang minta bukan-bukan sebab memang wujud individu yang sejenis obses dengan benda-benda ini, jijik tapi benar,” ciapnya menerusi Twitter.
Meninjau ruangan komen akaun Twitter pada hantaran entri perkongsian Mafa, rata-rata pelayar Twitter memberitahu mereka turut diganggu oleh individu sama.
Sementara itu, ada juga pengguna Twitter tampil mendedahkan modus operandi jijik sang pelaku.