“Hati Nani remuk gila” -Sharifah Amani sedih kenang nasib kru belakang tabir - Utusan Malaysia

“Hati Nani remuk gila” -Sharifah Amani sedih kenang nasib kru belakang tabir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Sharifah Amani, meluahkan rasa sedih dan simpati apabila mengenangkan nasib segelintir pekerja belakang tabir yang turut terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Menerusi perkongsian di entri Instagram, pelakon filem Mukhsin itu berasa luluh apabila segelintir pekerja belakang tabir terpaksa menjalani kehidupan yang sukar sejak aktiviti industri seni terpaksa dihentikan sepanjang PKP.

“Buat masa sekarang, nak kongsi kandungan media sosial lain rasa macam tidak relevan sangat dah, apabila melihat ramai yang betul-betul berusaha keras.

“Beberapa hari lepas, selalu dengar cerita geng krew kita terpaksa keluar rumah kerana tidak boleh bayar sewa dan tidak cukup duit untuk teruskan kehidupan. Hati Nani remuk gila.

“Koranglah tulang belakang satu set. Tiada kru, pelakon tak jadi apa. Terima kasih sudi berkarya bersama,” coretnya.

Dalam pada itu, dia mengambil inisiatif membantu mereka yang terkesan untuk mempromosi perniagaan yang dijalankan terutamanya para pekerja belakang tabir menerusi Instagramnya.

“Hantaran ini untuk abang, kakak serta geng kru. Kalau kamu semua ada buat perniagaan sampingan dan nak Nani kongsikan, hantar sahaja pesanan kepada Nani. InshaAllah, saya tolong mana mampu.

“Kita ada kita geng! InshaAllah sikit lagi. Sementara itu, kita tolong mana mampu. Jaga diri, jaga hati,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya