Hasilkan filem lucah, suami Shilpa Shetty ditahan polis - Utusan Malaysia

Hasilkan filem lucah, suami Shilpa Shetty ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Suami aktres Bollywood Shilpa Shetty, Raj Kundra ditahan polis berhubung dakwaan menghasilkan filem lucah menggunakan aplikasi telefon pintar.

Ndtv melaporkan, Kundra, 45, yang ditahan sejak Isnin lalu dipercayai bukan sahaja terlibat menghasilkan kandungan terlarang itu malah menerbitkannya untuk dipertontonkan di India.

Pesuruhjaya Bahagian Jenayah, Milind Bharambe dalam satu sidang media mendedahkan syarikat milik Kundra, Viaan Industries didapati bekerjasama dengan syarikat aplikasi hotspot berpusat di United Kingdom, Kenrin untuk menghasilkan dan menerbitkan kandungan-kandungan tersebut.

“Walaupun syarikat itu didaftarkan di London, penghasilan kandungan dan operasi aplikasi dilakukan menerusi Viaan Industries,” katanya.

Bharambe pada masa yang sama turut mendedahkan syarikat Kenrin dimiliki abang ipar kepada Kundra.

Katanya dalam serbuan beberapa hari lepas, polis berjaya mengumpulkan bukti yang mengaitkan dua syarikat berkenaan dengan aktiviti tidak bermoral itu.

Antaranya termasuk perbualan menerusi aplikasi WhatsApp, e-mel, maklumat perakaunan dan beberapa rakaman video lucah.

“Berdasarkan bukti yang diperolehi, kami menahan Raj Kundra dan Ketua Bahagian Teknologi Maklumat Vaan Industries, Ryan Thorpe. Siasatan sedang dijalankan,” katanya lagi.

Polis pada Isnin lalu menamakan Kundra sebagai individu utama dalam konspirasi berkenaan. Aduan tentang dakwaan salah laku Kundra itu telah dibuat di Balai Polis Malwani, Mumbai pada 4 Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya