"Hanya semangat saja yang ada" - Hanif dedah gejala Covid-19 - Utusan Malaysia

“Hanya semangat saja yang ada” – Hanif dedah gejala Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hanif Safuan mendedahkan pengalamannya ketika dijangkiti wabak Covid-19, hari ini.

Menurut pelakon filem Pelepas Saka itu, selain isteri dan anaknya, ahli anggota keluarga terdekat turut dijangkiti wabak tersebut.

“Keadaan agak teruk sebab semua gejala ada. Makan apa pun tidak boleh pada minggu kedua sehingga muntah darah kerana luka dalam dan cirit-birit. Kemudian saya berpuasa dan mengamalkan madu. Alhamdulillah. Ada sarankan cengkih tetapi tidak sesuai dengan saya.

“Bila demam kami hanya makan panadol dan ubat batuk. Saya syukur tiada sesak nafas walaupun berulang kali sakit dada. Isteri saya juga mengalami gejala lebih kurang sama, sementara anak saya pula Alhamdulillah hanya demam sehari saja.

“Waktu demam teruk hanya semangat saya saja yang ada kerana badan terlalu lemah sampai boleh ternampak macam-macam seperti hijab terbuka. Malahan seperti ada yang berbisik kalau saya tidak bangun dan makan maka akan mati. Lantas saya paksa diri untuk bangkit dan pergi ke dapur dengan makan hanya sebiji anggur, Alhamdulillah bertenaga semula,” kongsinya yang sedang beransur sembuh.

Menurut Hanif, perkongsian ini dibuat bertujuan menjadi iktibar kepada khalayak, bukan untuk menakutkan kerana dia sendiri telah mengalaminya dan perit bila kehilangan ahli keluarga terdekat.

Terdahulu, Hanif Safuan Hassan atau Hanif, berkata, dia disahkan positif pada 2 Julai dan menjalani kuarantin kendiri di rumah saja untuk tempoh 10 hari selepas mendapatkan pemeriksaan di Pusat Penilaian Covid (CAC) di Stadium Malawati. Antara gejala dialami pelakon itu seperti demam teruk, sakit kepala, hilang deria bau, kejang otot, dan hidung berair.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya