Hadkan ibadah korban, patuh SOP - Utusan Malaysia

Hadkan ibadah korban, patuh SOP

DR. Abdul Razak (kanan) membuat tinjauan di ladang ternakan lembu ahli PPK Kuala Langat, Muhammad Faiz di Permatang Pasir Jugra, Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelaksanaan Ibadah korban menjadi salah satu ukuran aspek takwa seorang hamba kepada yang Maha Esa. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa. (al-Maidah: 27)

Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. (al-Hajj: 37).

Tahun lepas apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ia bukan sahaja larangan rentas negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri. Malahan ibadah korban di masjid dan surau turut dihadkan.

Bagaimanapun, umum sedia maklum, Larangan tersebut bukan dibuat suka-suka tetapi demi mengekang pandemik Covid-19.

Tahun lalu ibadah korban perlu dibuat di pusat penyembelihan khas yang mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Hasil pengalaman melaksanakan ibadah korban mengikut SOP, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Selangor melancarkan laman sesawang, qurbanpeladang2u.my untuk memastikan ibadah korban selaras SOP ditetapkan.

Laman sesawang, Qurban Peladang tempahan patuh SOP. – UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS

Pengerusi PPK Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbullah berkata, pemilihan ternakan dan pembayaran semuanya dilakukan di dalam talian melalui laman sesawang tersebut.

“Seterusnya proses perkhidmatan sembelihan, melapah dan membungkus akan dijalankan di rumah sembelihan pada Hari Raya Aidiladha nanti.

“SOP ibadah korban hanya boleh dilakukan di rumah sembelihan sahaja berbanding tahun sebelumnya di masjid dan surau,” katanya.

HAIWAN yang disembelih akan diproses dan dagingnya diserahkan kepada peserta korban.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di ladang lembu milik ahli PPK, Muhammad Faiz Harol Hisham di Permatang Pasir Jugra baru-baru ini.

Abdul Razak berkata, rasional bagi pendaftaran melalui qurbanpeladang2u.my umat Islam yang masih ingin berkorban dalam era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, masih boleh mendapatkan lembu korban tanpa perlu bersemuka dengan pihak penternak lembu.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya telah menyediakan rumah penyembelihan yang terletak di kawasan ternakan lembu ahlinya di Kampung Endah, Tanjung Sepat dan di Pulau Nyatoh, Banting.

“Aktiviti korban akan dilakukan di rumah sembelihan dan hanya peserta korban sahaja dibenarkan hadir pada hari penyembelihan selaras SOP ditetapkan.

“Daging yang disembelih akan dibawa balik oleh peserta seperti Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surau untuk proses agihan,” katanya.

 

SEDIAKAN RUMAH SEMBELIHAN

Jelasnya lagi, PPK Kuala Langat telah bergiat aktif dalam mengendalikan ibadah korban bagi pasaran sekitar Kuala Langat sejak tahun 2011 bermula dengan 20 ekor pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, masih boleh mendapatkan lembu korban tanpa perlu bersemuka dengan pihak penternak lembu.

Dr. Abdul Razak Khasbullah (dua dari kanan) melihat proses menyelenggara kemudahan pusat sembelihan milik penternak di Kampung Endah Kuala Langat.

Pihaknya turut menyediakan rumah penyembelihan di kawasan ternakan lembu ahlinya di Kampung Endah, Tanjung Sepat dan di Pulau Nyatoh, Banting.

Katanya, PPK Kuala Langat aktif mengendalikan ibadah korban bagi pasaran sekitar Kuala Langat bermula dengan 20 ekor pada 2011 dan telah berkembang kepada 2,000 ekor pada 2019.

Beliau menambah, semasa pandemik Covid-19 tahun lalu, tempahan hanya 1,200 ekor dan tahun ini pihaknya menyasarkan 2,000 ekor untuk pasaran dengan harga seekor RM5,000.

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata, para penternak bersedia bukan sahaja membekal lembu tetapi menyediakan tempat menyembelih patuh SOP.

Katanya, melaksanakan ibadah korban sememangnya dituntut agama dan dia bersyukur turut terlibat dalam proses tersebut.

“Kita semua perlu akur dengan arahan pihak berkuasa bagi mengelak pandemik Covid-19.

“Pemilihan lembu korban dan pembayaran melalui sistem dalam talian lebih selamat dan menjimatkan masa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya