KUALA LUMPUR: Selesai kuarantin selepas disahkan positif Covid-19, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari menghabiskan masa bersama anaknya, Noah selepas berminggu-minggu tidak bertemu.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Bunga dilihat mencium pipi anaknya dan santai meluangkan masa menonton filem di rumah bersama Noah.
Sebelum ini, Bunga berkongsi dia akan tetap mengamalkan pemakaian prosedur operasi standard (SOP) buat sementara waktu untuk berjumpa Noah walaupun sudah disahkan bebas Covid-19.
“Doktor beritahu saya sudah boleh tertemu Noah tetapi, saya rasa akan tetap memakai pelitup muka dahulu untuk sementara sehingga hari ke 14.
“Hari ini saya ke hospital untuk memeriksa paru-paru dan keputusan darah selepas Covid-19. Semoga keputusannya bagus.
“Tadi juga sudah buat ujian calitan kali kedua dan Alhamdulillah, negatif,” katanya menerusi Instastory.