Gara-gara gagal masuk UI, Febby Rastanty ingin bunuh diri - Utusan Malaysia

Gara-gara gagal masuk UI, Febby Rastanty ingin bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon meningkat naik Indonesia, Febby Rastanty, 25, mendedahkan pernah ingin membunuh diri gara-gara tidak diterima masuk ke Universiti Indonesia (UI).

Menurut portal Liputan6.com, bintang filem Something in Between ini membuat pengakuan tersebut ketika ditemubual penyanyi dan pengacara, Cinta Laura Kiehl.

“Itu benar. Kerana kamu seorang yang bercita-cita tinggi, betul? Kalau kamu terlalu menginginkan sesuatu, kamu akan berikan 100 peratus, kalau boleh 1,000 peratus.

“Saya sudah memberikan 1,000 peratus tetapi tetap tidak dapat (masuk UI). Berbeza dengan rakan-rakan lain yang hanya santai dan tenang namun tetap dapat.

“Seperti saya katakan, sejak sekolah menengah lagi saya sudah ingin masuk ke UI untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang,” katanya.

Namun, Febby berkata kekecewaannya tidak lama apabila dia memutuskan untuk bangkit.

“Saya menangis di dalam bilik. Tetapi cuma satu hari. Kemudian saya beritahu diri sendiri bahawa masuk ke UI bukan satu-satunya jalan untuk berjaya. Itu bukan bererti gagal,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya