Elok bakat daripada tular – Ramlah Ram - Utusan Malaysia

Elok bakat daripada tular – Ramlah Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi berpengalaman, Ramlah Ram tidak menafikan segelintir penyanyi baharu hari ini hanya mengejar populariti sementara berbanding berusaha untuk kekal lama.

Menurut Ramlah, 56, seorang penyanyi yang berkualiti akan lebih bertahan lama berbanding pelapis baharu yang tidak ambil serius dalam bidang seni suara.

Malah katanya, pendekatan mempromosi pengenalan diri berbentuk tular tidak akan mengekalkan nama seseorang di dalam industri.

“Kita tidak boleh menyekat penerimaan orang ramai terhadap kehadiran bakat baharu. Itu pilihan masing-masing sebab ada bakat semula jadi atau tidak.

“Sekarang pula ada media sosial, mereka boleh promosi sendiri. Tapi seorang pelapis baharu yang digelar sebagai penyanyi itu, mestilah betul-betul berbakat dan menyanyi dengan baik.

“Kalau sebaliknya, tidak bolehlah digelar penyanyi. Jadi kena ada pelapis yang berbakat. Tak mahulah tular sekejap lepas itu hilang,” ujarnya.

Ramlah berkata demikian pada majlis pelancaran lagu baharunya, Aku Ubatinya Lagi secara maya baru-baru ini.

Penyanyi popular menerusi lagu Sesaat Kau Datang juga menyebut antara penyanyi contoh berkualiti yang dimiliki mereka.

“Ernie Zakri, Aina Abdul, Syamel, dan Hazama serta beberapa lagi. Jika diperhati, mereka yang berbakat dan ada vokal mampu bertahan lama,” akhirinya kagum dengan bakat-bakat muda itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya