Duit banyak pun, tak berguna jika kita tidak menarik - Inul Daratista - Utusan Malaysia

Duit banyak pun, tak berguna jika kita tidak menarik – Inul Daratista

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi dangdut terkenal, Inul Daratista, mengimbau kembali kenangan sewaktu dirinya mengalami kenaikan berat badan berbanding sekarang.

Menerusi perkongsian di entri Instagram, penyanyi lagu Goyang Inul itu menyatakan dia tidak pernah melupakan saat berat badannnya mencecah 85 kilogram (kg).

Tambah Inul lagi, akibat saiz tubuhnya yang berisi, banyak baju yang tidak muat untuk dipakai. Malah, dia beranggapan walaupun mempunyai wang yang banyak, tetapi tidak memberi kesan jika diri tidak menarik.

“Saya tidak akan pernah melupakan ketika berat badan naik sampai 85 kg! Baju semua tidak muat untuk dipakai. Duit banyak pun, tak berguna kesannya jika kita tidak menarik.,” katanya.

Dalam pada itu, setelah menyedari dirinya mengalami kenaikan berat badan ketika itu, Inul tekad serta bekerja keras semula untuk kembali kepada tubuh badan yang diinginkan.

Seterusnya, dia juga bimbang kerjayanya sebagai anak seni terjejas jika masih tiada inisiatif untuk menurunkan berat badan.

“Saya sedar, perjalanan hidup masih panjang dan jalan terus menembusi waktu. Saya harus kelihatan cantik serta sentiasa sihat untuk terus berkarya.

“Saya tidak pernah menyerah! Justeru itu, saya cuba pelbagai perkara untuk dilakukan seperti belly dance, kecergasan, Muay Thai serta yoga.

“Tidak ada yang sia-sia jika kita berusaha. Saya akan berusaha sekuat tenaga untuk memastikan berat badan mencecah 55 kg!” coretnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya