KUALA LUMPUR: Tiada apa yang lebih dimahukan penyanyi, Elyana sempena ulang tahun kelahiran ke-34 selain kesihatan yang baik untuknya dia dan keluarga.
Elyana yang memuat naik gambarnya memegang sebiji kek di Instagram menitipkan permintaan supaya pengikutnya juga turut mendoakan perkara yang sama.
“5 Julai 2021. Hari lahir saya yang ke 34 tahun. Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki dan selamat dunia akhirat,” katanya.
Elyana sebelum ini memaklumkan, dia kini sukar bernafas akibat kanser yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu dan kimi mengakibatkan saluran pernafasannya menjadi sempit dan sukar untuk bernafas seperti orang biasa.
“Saya sekarang susah untuk bernafas kerana kanser ini sudah berada di tengah-tengah dada. Jadi, ia telah menyempitkan saluran pernafasan,” katanya.
Penyanyi Kalis Rindu itu juga sedang menjalani rawatan radioterapi di sebuah hospital swasta di sini.