DJ Butterfly masuk hospital kerana jering mentah - Utusan Malaysia

DJ Butterfly masuk hospital kerana jering mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA : Kedengaran agak lucu, namun itulah yang berlaku kepada selebriti media sosial terkenal Indonesia, DJ Butterfly, 33, yang terpaksa menerima rawatan di hospital hanya kerana tindakannya memakan jering mentah baru-baru ini.

Menurutnya yang selesa dipanggil Katty, kejadian berlaku ketika dia sedang terlibat menghasilkan sebuah kandungan baharu untuk dimuat naik dalam platform Youtube yang mengguna pakai nama Katty Butterfly.

“Saya sudah berusia 33 tahun baru tahu yang sebenarnya saya tidak boleh makan jering mentah. Selesai hasilkan kandungan untuk Youtube itu, langsung dimasukkan ke unit kecemasan,”katanya.

Katty berkata demikian menerusi satu hantaran yang dikongsikan dalam akaun Instagramnya baru-baru ini yang turut memaparkan sekeping gambarnya sedang terlantar di atas katil hospital sambil menerima rawatan.

Hantaran tersebut juga mendapat banyak komen daripada rakan-rakan artis di sana termasuk pengikutnya yang saling mengucapkan kata-kata semangat agar dirinya lekas sembuh.

Antara yang berbuat demikian termasuk Soraya Rashid, David John Schapp dan Aiman Ricky yang merupakan bekas kekasihnya.

Katty atay nama sebenarnya Poltee Kattarey popular dalam kalangan pengikut dan peminatnya di Indonesia kerana gemar menghasilkan kandungan video-video yang memaparkan dirinya sedang makan khususnya makanan lokal dan sayur-sayuran mentah.

Selebriti kelahiran Thailand ini juga pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan tempatan, Andri Tanu Wijaya pada 17 Disember 2018 namun bercerai sekitar Jun 2020 selepas tiga tahun bersama.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Katharine Tanu Wijaya yang kini berusia dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya