KUALA LUMPUR: Perkongsian pelakon, Nadia Aqilah di Instagram mengundang rasa sedih pengikutnya yang rata-rata memahami kesukaran ibu dan bapa membesarkan anak-anak dalan keadaan pandemik ini.
Nadia yang memuat naik gambar memeluk anaknya itu turut meluahkan rasa gusar apabila memikirkan masa depan anaknya, Senja Aqila yang kini berusia dua tahun.
“Gusar memikirkan masa depan. Demi awak, Mama terus berjalan,” kongsinya menerusi kapsyen di Instagram itu.
Antara rakan artis yang turut tersentuh adalah Nad Zainal yang turut berdoa agar dia juga akan terus kuat demi dua orang cahaya matanya.