PETALING JAYA: Penyanyi rap dan usahawan terkenal, Caprice, meluahkan rasa kecewa apabila masih ada pihak-pihak tertentu yang didakwa menyembunyikan kebenaran berhubung dengan kontroversi yang berlaku semasa misi kemanusiaan di Gaza.
Menerusi entri Instastory, dia juga meluahkan rasa penat dan kecewa sementelah ada segelintir pihak yang menggunakan kuasa mereka untuk menyembunyikan orang lain.
“Saya penat. Caprice dah minta maaf dan tidak mahu keruhkan keadaan lagi. Tetapi kita sangat kecewa dengan pihak-pihak yang menggunakan kuasa untuk sembunyikan orang lain.
“Ini adalah kali kedua perkara sebegini berlaku tahun ini. Caprice dah cukup penat dan serah semua kepada Allah.
Dalam pada itu, perkara yang sudah berlaku sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi lebih baik, malah dia memaklumkan sedaya upaya untuk memperbaiki diri semula.
“Saya memilih untuk memperbaiki diri sendiri agar lebih baik. Saya belum pulih dengan apa yang berlaku tetapi InshaAllah, mental dan fizikal saya akan lebih baik selepas ini,” coretnya bernada pilu di Instagram.
Semalam, Caprice terpaksa membatalkan sesi Instagram Live selepas pendakwa bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew, membuat laporan polis susulan kontroversi yang didakwa dicetusnya berhubung isu misi bantuan ke Gaza.