Christina Perri kongsi kisah duka kehilangan anak kedua - Utusan Malaysia

Christina Perri kongsi kisah duka kehilangan anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sekian lama berdiam diri, penyanyi, Christina Perri akhirnya tampil bercerita mengenai pengalaman duka selepas kehilangan anak kedua akibat komplikasi.

Lapor ET, menerusi perkongsian di Instastory, Perri, 34, menulis panjang perihal keadaannya terkini dan memuat naik sekeping gambar.

“Selepas kehilangan puteri kesayangan kami November lalu, saya menyangka tidak akan gembira lagi. Saya sangka, tiada lagi gelak ketawa, bermain, menari dan kasih sayang. Benar, berbulan lamanya saya hilang semua itu.

“Namun, saya cuba untuk pulih dan belajar hidup dengan kesakitan dan kesedihan bersama cinta dan kegembiraan. Cuba mencari sekelumit hikmah atas kejadian yang berlaku dan sesuatu untuk dipelajari daripadanya.

“Ia memenatkan dan mencabar, tetapi apa yang boleh dikongsikan adalah pemulihan yang berlaku secara dalaman,” tulisnya panjang.

November lalu, Perri kehilangan anak keduanya setelah bayi tersebut gagal memberi tindak balas selepas dilahirkan.

Sebelum kejadian, Penyanyi lagu A thousand Years itu telah dimasukkan ke hospital akibat komplikasi pada kandungannya.

Dia dikurniakan seorang anak perempuan, Carmella, 3, hasil perkongsian hidup bersama suami, Paul Costabile.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya