Chef Wan titip semangat buat orang ramai - Utusan Malaysia

Chef Wan titip semangat buat orang ramai

Chef Wan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menyedari ramai sedang berada dalam keadaan sukar dan tertekan dengan situasi semasa, cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 63, menitipkan kata-kata semangat buat semua pihak yang mungkin terjejas dengan pandemik yang melanda negara pada waktu ini.

Menurut Chef Wan, walaupun kini rata-rata rakyat sedang tertekan dalam mengharungi ujian hidup, dia percaya berkat kesabaran akan ada hasilnya kelak.

“Pasti akan ada sahaja manusia yang berada dalam situasi lebih teruk daripada kita dalam dunia ini. Jadi, kita masih ada banyak perkara untuk disyukuri dan berterima kasih kepada Allah SWT atas segala ujian dan pengalaman ini.

“Pasti ada hikmah yang akan membuatkan diri kita semakin kuat. Jika virus ini menjadi penyebab saya atau ibu saya meninggal dunia sekali pun, bagi saya tiada apa yang perlu disesali memandangkan ini adalah destinasi terakhir yang Allah SWT telah tetapkan.

“Ramai yang sebelum saya dan kita ini yang telah berdepan dengan kematian dengan macam-macam punca dulu-dulu pun,”katanya.

Chef Wan berkata demikian menerusi satu hantaran yang dikongsi dalam akaun Instagramnya malam tadi.

Selain itu, menerusi perkongsian yang sama, Chef Wan sedar tiada siapa dapat mengetahui cara dan bagaimanakah destinasi terakhir diri masing-masing.

“Senang atau susah, tiada siapa tahu. Sehinggalah kita tiba pada waktu itu, barulah kita tahu. Nak takut mati pun, kita bukannya dapat mengubah ketetapan yang telah dibuatNya.

“Apa yang boleh kita buat ialah jaga kesihatan dan keselamatan masing-masing dan keluarga serta terus melakukan perkara-perkara baik dalam hidup. Tiada istilah terlambat untuk itu,”katanya.

Selain itu, katanya lagi, setiap individu tidak seharusnya terlalu tertekan memikirkan sesuatu keadaan atau perkara yang tidak mampu berada dalam kawalan kendiri.

“Lihat sahajalah sikap-sikap manusia semua di luar sana yang SWT sudah gambarkan mahu pun sikap diri kita masing-masing termasuk diri saya sendiri yang mesti insaf dan juga perlu diperbaiki lagi.

“Kita perlu belajar daripada kesilapan sendiri dan orang sekeliling kita dan terus berusaha celikkan biji mata dan terangkan hati kita juga. Akan ada sinar di penghujungnya dan apa yang diperlukan ialah bimbingan yang tepat,”katanya.

Perkongsian tersebut mendapat respons positif daripada kalangan pengikut dan peminatnya di media sosial dengan jumlah komen sebanyak 140 setakat malam tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya