NEW YORK: Mahkamah Amerika Syarikat bertindak mengugurkan dua sabitan kesalahan iaitu penyalahgunaan dadah dan serangan seksual yang dilakukan pelakon komedi, Bill Cosby.
Lapor AFP, keputusan mahkamah itu mengakibatkan Cosby dibebaskan daripada hukuman penjara yang sedang dijalaninya dengan serta merta.
“Sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Cosby dibatalkan. Beliau kini dibebaskan,” jelas Mahkamah Agung Pennsylvania yang menetapkan menerusi dokumen keputusan sebanyak 79 muka surat.
Pelakon komedi berusia 83 tahun yang dikenali menerusi rancangan televisyen popular The Cosby Show itu sepatutnya menjalani hukuman tiga hingga 10 tahun penjara namun dibebaskan awal.
Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pembetulan Pennsylvania memberitahu pihaknya perlu menerima, mengesahkan dan menyemak semula dokumen yang dikeluarkan berhubung keputusan mahkamah itu.
Pada 2018, Cosby didapati bersalah menyerang Andrea Constand secara seksual di kediamannya di Philadelphia.