Biarlah amarah itu dilepas dan diluah - Beto Kusyairy - Utusan Malaysia

Biarlah amarah itu dilepas dan diluah – Beto Kusyairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon hebat, Beto Kusyairy, 41, berpendapat tiada salahnya jika seseorang yang sedang dibelenggu dengan tekanan tertentu menggunakan media sosial untuk melepaskan rasa yang terbuku terutama dalam waku meruncing ketika ini.

Menurut Beto, dalam apa jua situasi tekanan yang dialami, seseorang itu tidak wajar dihalang daripada meluahkan rasa atau beban yang ditanggung apalagi dalam usaha meminta pertolongan orang lain.

“Janganlah asyik negatif dan marah-marah saja. Merungut sana sini kat media sosial tapi usaha tiada. Jangan malas. Setakat bising caci maki apa dapat? Baik kau bantu negara. Sekurang-kurangnya ada sumbangan.

“Sahabat, yang setiap malam kenyang dan nyenyak dalam penghawa dingin, yang ribu riban masih ada dalam akaun, tak sama dengan yang setiap malam menyangkung di tepi sudut memikirkan mana lagi nak dicekau untuk letak makanan atas meja buat anak bini esoknya.

“Ditambah dengan segala bil dan hutang. Ramai kawan-kawan kita yang sedang tertekan sahabat,”katanya.

Beto berkata demikian dalam satun hantaran yang dikongsikannya di Twitter malam semalam dan mendapat ciapan serta komen ramai daripada pengikutnya.

Selain itu, menurut Beto, melihat kepada banyak kes bunuh diri dan sebagainya kini, dia yakin keadaan sukar kini bukan satu modal yang boleh digunakan untuk saling memperlekeh teriutama terhadap mereka yang benar-benar terjejas.

“Setuju, kepada Tuhan kita mengadu dan memohon. Tapi media sosial juga boleh dijadikan platform buat melepas amarah dan tekanan yang terbuku. Di kala ini, meredakan sesak di dada itu lebih baik daripada terus dipendam.

“Banyak kes gantung diri dan terjun bangunan sekarang sahabat. Mudah-mudahan mendapat sedikit perhatian atau lebih baiknya bantuan daripada kawan-kawan.Bukan diperlekeh atau dibahasakan.

“Bagaimana nak menyumbang bila keluarga dan diri berkeadaan genting? Jadi biarlah mereka meluahkannya di sini. Awak juga patut menyedarinya. Sepatutnyalah,”katanya.

Dalam pada itu, Beto juga dalam hantaran yang sama mendoakan agar setiap individu yang terjejas dan dan berada dalam kesempitan hidup agar dikurniakan semangat dan kekuatan dariNya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya