"Benjy nak sangat sambung belajar..." - Utusan Malaysia

“Benjy nak sangat sambung belajar…”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelakon, Fasha Sandha, Hatijah Teh Man atau Mama Sandha mendedahkan Allyarham Benjy pernah menyuarakan hasrat untuk menyambung pelajaran sepanjang menjalani hukuman penjara di Medan, Indonesia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mama Sandha berkata, Allahyarham Benjy berulang kali menyatakan hasrat tersebut dan bertanyakan jika ada pihak yang mahu menaja pengajiannya di sana.

Kongsinya, kali terakhir mereka bertemu adalah ketika sesi lawatan di Penjara Tanjung Gusta, Medan sekitar 2019 yang turut disertai wakil Persatuan Seniman Malaysia (Seniman)

“Dia pernah bagitahu, nak sambung belajar. Dia cakap nanti bila dah keluar penjara, bolehlah dia cari kerja berbekalkan ijazah yang ada. Berulang kali juga dia minta tolong kalau ada yang mahu menaja.

“Ketika lawatan saya di sana, dia memang mengadu menghidap asma kronik. Dia juga memohon bantuan bagi menampung kos rawatan di sana. Memang agak tinggi,” katanya.

Tidak dapat menyembunyi rasa sebak, jelas Mama Sandha, Benjy sudah dianggap seperti anak sendiri dan dia terkejut tatkala mendengar khabar pemergian pelakon berbakat besar itu.

“Semasa jumpa, banyak kali dia ucap terima kasih. Benjy anak yang baik. Hormat orang tua. Saya ada berjanji untuk bertemu semula namun Tuhan lebih sayangkan dia,” katanya.

Utusan Online sebelum ini melaporkan Benjy meninggal dunia di sebuah hospital di Medan selepas dilaporkan menghidap sesak nafas kerana asma.

Benjy, 43, yang juga merupakan anak kepada seniwati Allahyarham Azean Irdawati menjalani hukuman penjara setelah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya