PETALING JAYA: Pelakon popular, Saharul Ridzwan, meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila 10 unit barang perniagaan yang dihantar kepada ejen ddipercayai telah hilang ketika penghantaran.
Menerusi perkongsian di Instagrm, Saharul mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab dipercayai telah membuka kotak produk wangian itu sebelum sampai kepada ejennya.
“MasyaAllah, baru nak berniaga, dah jadi macam ini. Rasanya mesti peniaga-peniaga di luar sana pernah alami perkara yang sama. Boleh tanya apa cadangan anda?
“Barang baru sampai dekat ejen tadi, tapi hilang 10 unit. Kotak yang sampai dah pun dibuka kemudian ditutup semula dengan pelekat baru. Paling yakin, kami tak pernah guna pun pelekat itu.
“Mungkin nilainya tidak besar bagi anda, tapi itulah, saya dan ejen kami @odescents_szf, tunggu-tunggu jadi macam ini pula,” katanya.
Bagaimanapun, Saharul menganggap itu bukan rezeki buatnya dan ejen serta dia menyatakan telah membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.
“Tidak mengapalah, tiada rezeki. Kita lapor dan tuntut sahajalah. InsyaAllah, saya halalkan untuk sesiapa yang terambil itu. Bukan rezeki kami dan ejen. Kita usaha lagi!” coretnya.