JAKARTA: Bapa kepada penghibur ternama Indonesia Krisdayanti, Trenggono telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun di Despansar Bali, Indonesia.
Khabar duka itu disampaikan penyanyi tersebut menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.
“Maafkan aku tidak menemani bapa pergi. Al Fatihah.
“Innalilahi wa innailaihi rojiun. Telah meninggal dengan tenang di Denpasar Bali tanggal 15 Julai 2021 pukul 15.00 WITA,”tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi Menghitung Hari itu turut mengharapkan agar semua peminatnya mendoakan Allahyarham bapanya.
“Mohon dapat didoakan agar Almarhum dapat diampuni dosa-dosanya dan diterima semua amal ibadahnya,” tulisnya lagi.