Balkisyh pernah berniaga tepi jalan, syukur dapat berlakon semula - Utusan Malaysia

Balkisyh pernah berniaga tepi jalan, syukur dapat berlakon semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Balkisyh Semundur Khan meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang berlakon menerusi drama Lockdown selepas melewati episod duka dalam hidupnya sebelum ini.

Menurut Balkisyh, 34, naskhah Erma Fatima itu merupakan drama pertama selepas lama berehat.

“Saya teruskan hidup dengan berniaga sahaja, macam-macam bisnes saya buat. Pernah saya ikut sama dengan peniaga tepi jalan, malah berniaga menjual air balang di Singapura. Tapi saya bahagia dengan kehidupan yang saya lalui.

“Sudah menjadi takdir Allah hendak mengubah rezeki saya dan kebetulan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perniagaan sedikit terbatas dan tiada pendapatan. Alhamdulillah atas kehendak-Nya, selepas PKP 1.0 saya terima pelbagai tawaran drama,” ujarnya dengan nada sebak.

Kata Balkisyh pada sidang media Lockdown Selasa lalu, dia juga mengakui di sepanjang pembabitannya sebagai pelakon, mungkin pernah melakukan kesilapan yang menyebabkan tidak diambil berlakon.

“Sebelum PKP saya pernah ada pengalaman hidup agak mengerikan. Saya telah melakukan beberapa kesilapan dalam industri yang membuatkan orang tidak mahu ambil saya berlakon.

“Entah mengapa… saya sendiri tidak tahu, mungkin ada berlakunya salah faham. Tapi saya akui segala kesalahan yang telah saya buat. Saya tidak pernah anggap diri ini sempurna.

“Pada saya mungkin hal itu kecil tapi besar pada orang lain. Sekali gus memberi impak kerjaya saya. Pernah juga ketika itu, saya belum bersedia untuk masuk semula ke industri, saya reda,” ujarnya sambil mengesat air mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya