“Baik buruknya, kamu tetap adikku!” -Talitha Elizabeth beri sokongan buat Nia Ramadhani - Utusan Malaysia

“Baik buruknya, kamu tetap adikku!” -Talitha Elizabeth beri sokongan buat Nia Ramadhani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kakak kepada pelakon Nia Ramadhani, Talitha Elizabeth memberi kata-kata semangat dan sokongan buat adik tersayangnya ekoran didakwa penyalahgunaan dadah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di entri Instagram Talitha, dia memberitahu bahawa keluarganya sudah memaafkan kesalahan Nia dan percaya ada kebaikan serta hikmah disebalik musibah yang dilalui adiknya.

“Adik saya sudah mengakui kesalahannya dan meminta maaf kepada kami serta masyarakat. Kami sekeluarga sudah memaafkan terutama ibu saya yang melahirkannya.

“Hati dialah yang paling hancur, tetapi ibu juga sudah mengampuni adik saya. Walaupun dengan tangisan dan air mata, cintanya tetap tidak akan berubah pada Nia,” ujarnya.

Di samping itu, dia turut menitipkan rasa syukur terhadap Nia diatas segala ujian dan dugaan daripada Allah untuk kebaikan dirinya.

“Bersyukur.. bersyukur.. bersyukur.. Hanya kata-kata itu yang terungkap dalam fikiran saya. Hanya kata-kata itulah yang saya ucapkan berulang-ulang kepada Nia.

“Setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan. Bersyukur kerana sehingga hari ini masih diberi ujian dan dugaan daripada Allah.

“Hal Ini demikian kerana Allah masih sayang. Saya percaya ada hikmah disebalik semua ini,” coretnya.

Dalam pada itu, Talitha berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan doa buat adiknya, Nia Ramadhani.

“Terima kasih kepada sahabat dan masyarakat yang beri sokongan serta doa. Kakak selalu mendoakan terbaik untuk adik. Apa yang kamu lakukan, baik dan buruknya, kamu tetap adikku!” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya