Asad Motawh alami jangkitan mata - Utusan Malaysia

Asad Motawh alami jangkitan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Asad Motawh mendedahkan dirinya mengalami jangkitan mata sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Asad atau nama sebenarnya As’ad Ahmad Muhammad Motawh, 19, berkongsi perkara tersebut ketika menjawab pertanyaan peminat di Instastorynya semalam.

“Berlaku jangkitan di dalam mata saya yang mengakibatkan tumbuh ‘sesuatu’ di dalamnya.

“Mereka (doktor) terpaksa membedahnya. Ketika dibedah, saya berada dalam keadaan separuh sedar dan itu bukanlah pekara yang menyeronokkan ,” katanya.

Dalam pada itu, Asad turut dihujani kata-kata semangat dan ucapan serta doa rakan selebriti yang ingin melihat penyanyi ini segera sembuh.

Antaranya seperti pelakon, Aisar Khaled yang menulis diruangan komen.

“Semoga cepat sembuh saudara, saya sayang kamu,” tulisnya.

Tidak ketinggalan penyanyi dan pelakon, Alvin Chong serta ikon fesyen terkenal, Wak Doyok yang menitipkan doa agar penyanyi ini sembuh seperti biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya