SELEPAS menyambut Hari Raya Aidiladha, umat Islam dilarang berpuasa pada hari Tasyrik iaitu pada 11, 12, dan 13 Dzulhijjah.
Tetapi tidak semastinya tidak ada amalan yang boleh dilakukan oleh umat Islam sepanjang tempoh itu. Ada beberapa amalan yang dianjurkan boleh dilakukan pada hari-hari tersebut.
Menurut Ustaz M Hasbullah Agus Sumarno, hari Tasyrik menjadi hari peringatan tauladan para Nabi.
“Di mana hari ini merupakan jejak kehidupan pada Nabi dan sekali gus kita ittiba’ rasul,” ujarnya dalam program Tanya Ustaz pada kanal YouTube Tribunnews.
Oleh itu, hari Tasyrik adalah hari untuk kita memperingati kembali jejak liku-liku kehidupan para Nabi terutama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Apa itu hari Tasyrik?
Hari Tasyrik adalah hari raya bagi orang berhaji.
Pada hari itu adalah tanda setelah selesainya para jemaah haji melakukan wukuf, jamarat, dan tahalul.
Berikut amalan-amalan yang dianjurkan dilakukan pada hari Tasyrik:
1. Memperbanyakkan syukur Nikmat
Bahawa apapun yang berlaku itu adalah kurnia daripada Allah sama ada ia bersifat baik, buruk, sihat, sakiti, susah, senang, kaya dan miksin.
Sesuai firman Allah SWT:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
Ertinya: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.”
Sebagai umat Islam kita perlu mensyukuri setiap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
“Pada hari itu karena hari raya maka syukuri apa yang diberi,” jelas Ustaz Hasbullah.
Selain itu, Ustaz Hasbullah juga mengatakan sebagai umat Islam kita wajib melaksanakan segala perintah-Nya semaksimum mungkin.
2. Meningkatkan Taat dan Takwa
Amalan yang selanjutnya iaitu meningkatkan ketaatan dan ketakwaan kita sebagai umat Islam.
“Ingat bahwa yaumul tasyrik adalah rangkaian dari yaumul udhiyah, dimana itu cubaan, ujian, perjuangan para Nabi terutama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail,” terang Ustaz Hasbullah.
Oleh itu kita disarankan untuk senantiasa meningkatkan taat dan takwa kepada Allah agar dapat memiliki nilai yang sama atau setidak-tidaknya mendekati ketakwaan para Nabi.
3. Perbanyakkan Doa dan Dzikir
Perbanyak doa dan zikir karena pada hari Tasyrik ini merupakan Sa’atul Ijabah (waktu terkabulnya doa).
“Yaumu tasyrik adalah hari di mana ijabah doa, maka perbanyakkan dengan doa,” terang Ustaz Hasbullah.
4. Silaturahim
Amalan selanjutnya yang bleh dilakukan pada hari Tasyrik adalah silaturahimi
Kita dianjurkan kunjung-mengunjungi saudara, keluarga, dan orang tua untuk menambah tali persahabatan dan tali ukhuwah islamiah.