‘Allah masih bagi pinjam nyawa’ - Tayar kereta Uyaina pecah - Utusan Malaysia

‘Allah masih bagi pinjam nyawa’ – Tayar kereta Uyaina pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan dia berdepan detik cemas apabila tayar keretanya pecah dan meletup ketika pulang dari klinik di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut pelakon Love Elsa itu, dia terdengar bunyi yang sangat kuat dan menakutkan namun pada awalnya dia tidak menghiraukan sehinggalah dimaklumkan oleh pemandu lain.

“Sudahlah bunyi menakutkan orang pula hon-hon. Saya cuba pandu lagi tapi kereta itu sudah macam tidak boleh jalan. Jadi saya berhenti tepi jalan.

“Elok saja berhenti, saya tengok dari cermin tepi tahu-tahu tayar sudah rabak. Dia sudah jadi rambu-ramba tepi tayar itu. Tidak okay, sempatlah menangis sekejap sebab cuak.

“Kejadian boleh bertukar buruk, nasib tidak berpusing tapi Alhamdulillah Allah masih bagi pinjam nyawa ini. Anda semua jaga diri dan ingat apa yang saya pesan,” kongsinya di Instagram.

Sebelum itu, Uyaina memberitahu dalam perjalanan dia berfikir kononnya mahu membeli kereta baharu, malang tidak berbau kenderaan dipandu seakan-akan “merajuk” dan meragam.

“Ya kesilapan paling besar. Tengah fikir dalam otak kereta apa yang best dan sesuai. Bila nak tukar walaupun bukan waktu terdekat ini sebab kereta ini baru saja beli tahun lepas.

“Dalam ralit fikir fasal nak beli kereta lain, tiba-tiba kereta ini meragam. Tapi tidak tahu apa sebab bunyi pelik itu. Ingatkan enjin, jadi saya teruskan pemanduan. Jauh juga pandu dalam keadaan tayar sudah meletup,” ujarnya.

Selepas kejadian itu, Uyaina terus menghubungi kekasih hati yang merupakan seorang penyanyi, Raja Syahiran bagi mendapatkan pertolongan.

“Kalau harapkan diri sendiri, saya sudah hubungi kereta tunda sebab langsung tidak reti bab-bab tukar tayar atau berkaitan kereta. Saya cuma tahu hidupkan enjin kereta dan pandu saja,” katanya sambil berseleroh.

Kongsi Uyaina lagi, dalam beberapa minit selepas kehadiran heronya itu, mereka dibantu seorang pemuda berbangsa Cina. Akhiri coretannya, Uyaina berpesan agar membuat pemeriksaan keadaan selalu dan hantar servis bila sudah tiba masanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya