‘Aku yang takut jarum sebenarnya’ - Kamal Adli - Utusan Malaysia

‘Aku yang takut jarum sebenarnya’ – Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Platform media sosial kebelakangan ini dibanjiri bermacam-macam gelagat melucukan para selebriti ketika mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Tidak terkecuali, pelakon Kamal Adli, 36, yang mengundang pelbagai reaksi netizen apabila videonya yang dirakam ketika dia mengambil suntikan berkenaan tular baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di instagramnya itu, Kamal dirakam sedikit cemas dan secara spontan melaungkan takbir raya sebelum disuntik.

“Saya sudah! Engkau orang bila lagi? Terima kasih banyak kepada semua kakitangan ya! (aku yang teruk takut jarum sebenarnya!),” tulisnya.

Video mencuit hati itu setakat ini menerima 54, 685 likes dan dihujani maklum balas netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat pelakon tersebut.

Terkesan dengan video berkenaan, sutradara terkenal Michael Ang mengambil peluang menulis di ruangan komen.

“Kau itu kulit kerbau! Cucuk jarum gerudi pun tak rasa! Tahniah untuk vaksin anda,” tulis Michael.

Pada masa yang sama, pelakon serba boleh, Sharifah Shahora juga tidak ketinggalan memberi pandangan.

“@kamaladli ingat gagah perkasa selama ini,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN