‘Aku tahu kau balik sahaja sini nahas kau’ - Caprice terima ugutan bunuh - Utusan Malaysia

‘Aku tahu kau balik sahaja sini nahas kau’ – Caprice terima ugutan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktivis terkenal, Caprice bertindak mendedahkan identiti seorang individu tidak dikenali yang mengugut untuk membunuhnya.

Caprice, menerusi satu perkongsian di Instagram (IG) memuat naik mesej-mesej berbaur ancaman yang dihantar individu yang menggunakan akaun IG fik_jamal itu.

“Sikit hari lagi mampus kau ini. Kau bila nak balik Malaysia. Parang dah lama asah. Lama tak makan darah Yahudi ini.

“Aku tahu kau balik sahaja sini nahas kau. Nahas!” ugut individu berkenaan.

Dalam entri sama, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli menegaskan tidak gentar dengan ugutan berkenaan.

“Kita tidak ‘goyang’ langsung, tiada ugutan-ugutan macam @fik_jamal. Tunggu @pdrmsia_offical Insya-Allah.

“Nanti kita sampai Kuala Lumpur (KL) Caprice tunggu awak depan pagar. Caprice mohon @malaysiaairlines periksa cef ini, pastikan pisau itu tajam sikit jangan guna pisau plastik,” balasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya