Adakah orang betul-betul prihatin dengan saya? - Hafiz Suip - Utusan Malaysia

Adakah orang betul-betul prihatin dengan saya? – Hafiz Suip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sering ditanya mengenai tahap kesihatannya, penyanyi, Hafiz Suip, 30, mengaku pada kebanyakan waktu berasa tertekan dengan soalan itu sedangkan dia tidak pernah mengami sebarang masalah kesihatan.

Menurut Hafiz, dia sedar ramai memperkatakan tentang tubuh badannya yang kurus sehingga ada yang tergamak mengaitkan dirinya terjebak dengan barang terlarang namun semua itu tidak benar.

“Cuba fikir, kalau anda berada di tempat saya, tertekan tak bila selalu ditanya soalan yang sama? Tentu tertekan bukan? Walhal,Alhamdulillah saya sudah buat pemeriksaan kesihatan termasuk berjumpa dengan ustaz-ustaz sebagai rawatan alternatif, tapi semua kata saya sihat sahaja.

“Sesekali saya tertanya juga, adakah orang yang bertanya ini betul-betul prihatin dengan saya atau macam mana? Cara bertanya juga memainkan peranan.

“ Kita ini manusia, lama-lama bila orang tanya ‘Hafiz sakitkah?’ nanti jadi kenyataan pula. Iyalah, bukankah setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ini satu doa?”katanya.

Hafiz berkata demikian semasa ditemui dalam sidang media secara virtual bagi mempromosikan lagu Berakhirlah Pencarianku yang menyaksikan kerjasama duetnya dengan Ernie Zakri.

Selain itu, menurut penyanyi ini, dia menganggap seseorang itu tidak wajar mudah dihakimi hanya kerana faktor tubuh badan dan luaran mereka sahaja.

“Janganlah mudah menghakimi. Macam saya, orang kata kurus sebab ambil barang terlarang, dadahlah, kancinglah, keluarga tak bagi makanlah. Macam manalah saya tak tertekan?

“Saya ini manusia biasa. Walaupun artis, tapi itu hanyalah kerjaya saya sahaja. Jadi seorang selebriti atau artis ini, memang begitulah lumrahnya. Orang cakap apa pun, kita hanya mampu terima dan kemam. Kalau buka mulut nanti jadi tak sedap pula di mata orang,”katanya.

Dalam pada itu, Hafiz meluahkan rasa senang dapat bekerjasama dengan Ernie menerusi projek lagu tersebut.

Menganggap Ernie sebagai seorang penyanyi berbakat besar dan berkualiti, Hafiz merasakan ia adalah satu peluang menarik sementelah sangat mengagumi kehebatan vokal isteri penyanyi Syamel tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya