A Perfect Fit, Cinderella klasik Bali - Utusan Malaysia

A Perfect Fit, Cinderella klasik Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Kamu selalu mendapatkan pakaian yang terbaik di dalam hidup mu, tetapi tidak lengkap tanpa sepatu yang terbaik juga”.

Itu antara skrip yang cukup membekas di hati penulis dan mungkin saja anda yang bakal menonton filem Indonesia, A Perfect Fit arahan sutradara Hadrah Daeng Ratu yang ditulis oleh Garin Nugroho.

Filem ini berkisarkan seorang penulis fesyen wanita popular di Bali, Siska yang bertemu dengan pemuda tampan bernama Rio berkemahiran dalam pembuatan sepatu (kasut).

Dek keakraban dan kemesraan yang terbit, membuatkan Siska terus resah dan mempersoalkan masa depan bersama tunangnya, Deni.

Permulaan yang cukup menarik di pandangan mata dan penonton dibawa menyaksikan keindahan panorama pantai Bali sementelah lensa kamera memfokus Rio menukang sepatu.

Naratif seterusnya berkembang dengan babak lucu dan cemas di mana Siska yang membeli sepatu untuk menghadiri majlis perasmian hotel tunangnya mengalami kecelakaan kecil.

Pertama, Siska menyedari sepatu di dalam kotak yang dipegangnya itu adalah salah. Kedua, apabila dia kembali dan sampai di kedai kasut itu, Siska tanpa sengaja terlanggar tangga dan cat di pintu masuk kedai tersebut, habis satu badannya bermandikan cat.

Awal penceritaan filem itu seperti kisah dongeng yang indah-indah saja. Tapi apalah sebuah cerita kalau tiada aksi bukan? Sejak perhubungan Siska dan Rio saban hari menjadi lebih rapat, pertemuan mereka itu pastinya berakhir dengan musibah.

Mungkin mandi hujan dan lencun satu badan hanya permasalahan kecil tetapi malang sekali jika dipukul.

Nah, itu sebabnya tunang si Siska, Deni, cemburu tidak bertempat. Mujur saja sang tukang kasut hebat beradu.

Penulis suka betul filem yang romantik, komedi dan ada aksi, pandai pengarah menggarap cerita itu, sesuai dengan tajuk filemnya.

A Perfect Fit juga melatari keunikan budaya Bali seperti busana harian penduduk tanah itu termasuklah busana era kini dan iringan melodi seakan-akan gamelan.

Lebih menarik filem itu mempertaruhkan kugiran anak muda yang penulis perasan, digunakan sebagai penghidup cerita, dalam erti kata lain runut bunyi.

Penulis jelas mengamati antara ritual-ritual yang dipaparkan. Contohnya, acara membersihkan jiwa dan majlis sebelum pernikahan selain meramal dengan memadankan tarikh lahir bakal pengantin.
Menyentuh tentang watak dan perwatakan, bagi penulis sejujurnya menarik kerana pemain utama Siska dan Rio mempunyai perwatakan tersendiri, penulis dan pembuat sepatu.

Malah lakonan Nadya Arina berjaya menghidupkan karakter seorang wanita yang tidak lemah dan sabar dalam menempuh dugaan yang dilaluinya. Sementara Rio (Refal Hady), jejaka yang mewah hidupnya tetapi cukup menghormati orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya