KUALA LUMPUR: Pelakon, Wawa Zainal memberitahu, dia dikecam gara-gara lagu runut bunyi yang dinyanyikan olehnya untuk sebuah filem romantik Islamik yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, dia menyifatkan hal itu sebagai bidan terjun adalah tidak serius selain bagi tujuan filem Sabda Kekasih sahaja.
“Menceburi bidang nyanyian habis kena kecam. Relaks… bukan nak jadi penyanyi pun. Tapi kalau ada rezeki orang nak panggil untuk persembahan apa salahnya, gurau-gurau.
“Saya rakam lagu itu dari rumah saja. Sumpah susah gila jadi penyanyi, semput tahu tak. Ada ke yang sudi dengar lagu penuh Lantera Cinta saya ini, siapa sudi dapat hadiah. Enam kali pancit, mengalah lah saya,” kata Wawa menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Dalam perkongsian berlainan, Wawa tidak menafikan bahawa dia berasa janggal berlakon semula selepas lima tahun berehat.
“Kekok sangat digandingkan dengan pelakon hebat. Alhamdulillah semua sangat membantu saya untuk tune balik. Almaklumlah dah malu-malu kucing nampak kamera. Lepas itu pelakon baharu yang sangat berbakat. Saya dapat rasakan Sharifah Husna boleh pergi jauh dalam industri dengan wajah cantik dan lakonan pun menjadi.
“Filem ini adalah produk pertama kami. Tak sabar nak semua orang layan, tak rugi, yang penting sediakan tisu kat sebelah okey,” ujarnya filem itu diarahkan oleh Zacc Azhari Zain.
Filem terbitan produksi sendiri, Respected Citizen Production itu menyasikan Wawa bergandingan dengan suaminya, Aeril Zafrel. Bakal ditayangkan di Astro First pada 24 Jun depan itu nanti turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Fauziah Nawi dan Sabri Yunus.