Wadi buat saya lebih bersyukur - Syafie Naswip - Utusan Malaysia

Wadi buat saya lebih bersyukur – Syafie Naswip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Syafie Naswip, 29, mendedahkan watak Wadi yang pernah dilakonkan olehnya menerusi drama judul yang sama pada tahun 2015 benar-benar memberi impak kepadanya secara peribadi.

Menurutnya, setiap kali apabila dirinya berasa sedih, tidak yakin, putus asa bahkan malas atau dirundung sebarang perasaan yang tidak baik, dia akan terfikirkan ‘Wadi’ yang terpaksa menjalani kehidupan dalam serba kekurangan.

“Setiap kali perasaan macam itu timbul, saya akan terfikirkan Wadi. Walaupun dia hidup susah, tetapi tetap berazam untuk mengubah kehidupannya dan menjadi manusia yang lebih bersyukur, selain sentiasa bersihkan hati dan tidak berdendam.

“Saya bersyukur membawakan watak ini yang secara tidak langsung dapat memberi semangat untuk menjadi individu yang lebih baik,”katanya dalam satu perkongsian dalam Instagram baru-baru ini.

Selain itu, menurut pelakon berbakat besar ini, dia percaya setiap watak-watak yang diwujudkan dalam di layar perak mahupun di kaca televisyen sebenarnya adalah paparan realiti sebenar dalam masyarakat.

“Cuma kita dapat bertemu secara spiritual untuk kita kongsikan rasa itu dengan semua. Tuhan jadikan kita pelakon untuk berkongsi tentang rasa, kefahaman kita untuk sama-sama diluahkan.

“Itu nikmat terhebat seorang aktor. Ia juga adalah pemberian yang Maha Kuasa. Kita masih di sini tetapi apabila kita bersatu berkongsi idea dan rasa, ia seolah-olah membawa kita untuk berada di satu dunia dan dimensi lain.

“Namun apabila selesai kerja, kita kembali menjadi seorang manusia biasa yang penuh dengan masalah sendiri. Selain daripada orang sekeliling, yang membantu kita untuk menjadi lebih baik adalah rasa-rasa yang pernah dilemparkan dalam kerja kita,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya