Umie Aida bantu 300 pemandu teksi - Utusan Malaysia

Umie Aida bantu 300 pemandu teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon tersohor Malaysia, Datin Seri Umie Aida bersama Yayasan Seni Karya Perihatin Malaysia mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada 300 pemandu teksi.

Menerusi perkongsian di entri Instagram Umie, dia bersama Yayasan tersebut memberi sumbangan keperluan asas berupa beras, tepung, minyak masak serta roti prata.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Alhamdulillah, 300 pemandu teksi telah menerima sedikit bantuan keperluan asas.

“Pendapatan mereka sehari paling tinggi RM20. Mari orang Malaysia, sama-sama berganding bahu menghuluarkan bantuan,” katanya.

Menerusi kapsyen perkongsian itu, dia turut berkongsi nombor akaun bank yayasan berkenaan untuk orang ramai bersama-sama mengambil inisatif menderma melalu akaun tersebut.

Seterusnya, Umie mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menderma untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Akaun yayasan 21233000012249 (RHB Bank). Terima kasih kepada yang telah menderma. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya