Tidur dalam kelaparan, saya pernah lalui zaman itu - Jasmin Hamid - Utusan Malaysia

Tidur dalam kelaparan, saya pernah lalui zaman itu – Jasmin Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon versatil, Jasmin Hamid, meluahkan rasa simpati dan memahami dengan kesusahan yang dialami segelintir masyarakat pada masa ini.

Menerusi perkongsian di entri Instagramnya, Jasmin berkongsi pernah melalui saat kesusahan kerana dirinya juga berasal daripada keluarga yang bukan senang.

“Saya berasa dari keluarga susah. Saya makan apa sahaja rezeki halal yang Allah kirimkan. Yang penting saya dahulukan perut anak beranak, baru fikir pasal perut saya.

“Justeru itu, saya sangat faham rasa mereka yang tidur dalam kelaparan kerana saya pernah melalui zaman itu. Oleh itu, kita diajar untuk sentiasa bersyukur walaupun apa pun keadaan kita.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dah jatuh, ditimpa tangga. Sabar,” katanya

Disamping itu, pelakon itu juga meminta mereka yang terkesan supaya bersabar dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Malah, jangan sesekali berhenti berdoa kepadaNya.

Menerusi komen, rata-rata warganet melemparkan respon yang positif terhadap perkongsiannya berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya