Takkan nak suap tiga hidangan sehari baru puas hati! -Michael Ang - Utusan Malaysia

Takkan nak suap tiga hidangan sehari baru puas hati! -Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit kontroversi, Michael Ang, meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang masih merungut dan tidak berpuas hati dengan inisiatif yang disediakan kerajaan.

Dalam pada itu, sejajar dengan pelaksanaan semula Perintah kawalan Pergerakan (PKP) penuh seluruh Malaysia, masih ramai menyatakan ketidakpuasan hati mereka berkenaan bantuan berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram Michael, dia meluahkan rasa hairan apabila segelintir warganet seolah-olah tidak bersyukur terhadap inisiatif kerajaan.

“Kerajaan dah bantu pun kamu semua masih banyak bising dan tidak puas hati! Dah dah lah, sikit atau banyak pertolongan tersebut tetap pertolongan kan!

“Takkan nak suap tiga hidangan makanan sehari baru puas hati! Nasib baik aku bukan Perdana Menteri, kalau aku PM, pertolongan yang kerajaan beri hanya untuk orang yang dah divaksin serta mendaftar untuk menerima vaksin.

“Jika tidak, tak dapat! Mahu ke begitu? Bantu kerajaan untuk bantu diri kita okey!” luahnya menerusi perkongsian tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet menyokong ulasan Michael Ang. Malah, salah seorang warganet berterima kasih kepadanya kerana menyuarakan pandangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya