Tak perlu merayu, malu. Kibar sahaja  - Artis sokong kempen #BenderaPutih - Utusan Malaysia

Tak perlu merayu, malu. Kibar sahaja  – Artis sokong kempen #BenderaPutih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golongan artis dan selebriti menerusi media sosial masing-masing bersama-sama menjayakan inisiatif kempen #BenderaPutih yang tular di media sosial bermula semalam bagi membantu golongan yang terkesan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hanez Suraya meminta kepada orang ramai yang mengalami kesusahan pada waktu ini agar menaikkan bendera kain putih di kediaman masing-masing.

Katanya, inisiatif tersebut sedikit sebanyak membantu serta mengetahui kesempitan hidup yang dialami segelintir keluarga di sekeliling kediaman kita.

“Kepada semua yang dalam kesusahan, tiada makanan serta barang keperluan, naikkan bendera kain putih di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu.

“Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar sahaja bendera putih, semoga ada yang datang membantu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang tersayang. Kongsilah masalah dengan orang lain.

“Inilah waktu kita semua diuji, kita nak bantu atau berlalu pergi. Kita bantu mana yang mampu, duit boleh dicari tetapi nyawa tidak dapat dikembalikan,” katanya.

Dalam pada itu, kempen berkenaan disambut baik warganet serta turut menjadi perhatian selebriti tempatan seperti Fara Fauzana, Sharifah Amani serta Izara Aishah di media sosial mereka.

“Jangan malu dan segan, mungkin jiran sebelah pun tak boleh bantu tetapi mereka boleh memberitahu orang lain untuk tolong,” coret Fara Fauzana.

“Tak perlu malu, kita sama-sama bantu InshaAllah. Orang Malaysia selalu cari jalan untuk membantu satu sama lain dalam masa sukar ini. Kita bantu selagi mampu,” kongsi Sharifah Amani di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya