Shiha masih menunggu, mak terlepas vaksin - Utusan Malaysia

Shiha masih menunggu, mak terlepas vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir, memberitahu dia masih menunggu giliran untuk suntikan vaksin walaupun sudah mendaftarkan diri sejak pertengahan Februari lalu.

Dalam masa sama penyanyi Jagakan Dia itu melayangkan pertanyaan kepada umum menerusi Instagram (IG) kerana ibunya terlepas temu janji suntikan vaksin pada Isnin lalu.

“Assalamualaikum nak tumpang tanya. Pagi tadi Shiha semak aplikasi MySejahtera. Rupanya saya terlepas temu janji untuk emak. Butiran emak diisikan di bawah penjagaan saya. Tadi dah hubungi hotline vaksin tapi tak dapat. Macam mana kalau nak buat temu janji semula ya? Ada yang tahu tak?

“Gambar kedua tu saja sekadar luahan menunggu giliran diri sendiri nak kena vaksin. Terima kasih banyak ya. Harap ada yang dapat bantu bagi info,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu Shiha berkongsi hantaran tangkap layar temu janji di aplikasi MySejahtera yang memaparkan informasi di mana ibunya akan menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Sementara Shiha dihujani cadangan oleh peminatnya, di ruangan komen, pelakon Hanez Suraya turut tampil memberikan pandangan.

“Shiha awak pergi saja. Macam kawan saya pun terlepas. Sekali dia pergi dapat terus masuk. Wallahualam, cuba tanya yang lain,” komennya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya