Saya digari, direman ke?- Anju akan jawab - Utusan Malaysia

Saya digari, direman ke?- Anju akan jawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil memuat naik status di Instagram Story selepas ramai dalam kalangan pengguna laman itu mengesyakinya terbabit dalam kes penangkapan selebriti wanita dipercayai positif dadah semalam

“Salam subuh semua harap sihat. Jangan risau saya akan beri keterangan. Tapi bagi masa. Hari-hari saya di balai. Gambar di balai saya digari ke? Saya direman ke? Tak ada pun, jadi rileklah,” ujarnya.

Lewat tengah malam tadi, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju dilihat ada membuat sesi siaran langsung bersama pelakon Zoey Rahman dan ditonton lebih 4,000 pengguna IG.

Sepanjang sesi itu Anju hanya lebih banyak bercakap tentang kecantikan dan vaksin. Dalam masa sama ruangan komen dihujani soalan bertubi-tubi tentang isu hangat ketika ini, namun Anju tidak melayan soalan berkenaan.

Meninjau rungan komen pada entri terbaharu Anju, soalan sama masih diajukan oleh pelayar Instagram.

Sebagai informasi, semalam Utusan Malaysia melaporkan berita penangkapan selebriti wanita positif dadah di Kampung Chalet, Nilai. Suspek diberi jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya