Saya bukan antivaksin- Lufya - Utusan Malaysia

Saya bukan antivaksin- Lufya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lufya Omar, 36, meluahkan rasa terkilan kerana dihujani mesej yang memfitnah dirinya seorang antivaksin.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, menerusi hantaran entri di Instagram (IG), berkata, dia memahami tujuan dan kebaikan vaksin.

“Penat, letih dengan fitnah dan soalan yang bukan-bukan. Ada lagi yang direct message (DM) nak menuduh Fya macam-macam. Fya bukan antivaksin. Penatlah nak layan perkara-perkara yang macam ni.

“Fya faham apa itu herd immunity dan kepentingan vaksin terhadap masyarakat. Yang penting pilih vaksin terbaik dan halal. Lepas ini sudah-sudahlah nak bangkitkan tentang isu vaksin.

“Buang tenagalah daripada membantu masyarakat yang sedang berusaha dalam keadaan sekarang ini. Buatlah suatu perkara yang bermanfaat sesama manusia,” luahnya.

Dalam perkongsian sama, Lufya turut berkongsi dia sudah menerima suntikan vaksin dos pertama pada Khamis lalu dua minggu selepas mendaftarkan diri. Manakala suntikan dos kedua pula dijadualkan pada 8 Julai depan.

Menjengah ruangan komen pada entri itu, rata-rata pelayar IG melayangkan pertanyaan kehairanan mengapa golongan artis seakan-akan mendapat layan kelas atasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya