KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Fiza Sabjahan, kesal dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab kerana nombor telefonnya telah disebarkan tanpa kebenaran.
Menurut pengacara berusia 38 tahun itu, nombor tersebut digunakan bagi urusan kerja dan juga peribadi.
“Selain mengacara saya juga bertugas di belakang tabir. Jadi saya akan buat kenalan untuk tetamu sebagainya. Nombor telefon yang saya hubungi untuk urusan jemputan ke studio, janganlah kongsikan dengan orang lain. Saya tak mampulah nak pakai dua telefon,” katanya.
Dalam ciapan sama, Fiza mendedahkan situasi yang dialaminya itu.
“Tiba-tiba… Cik dah makan ke belum? Cik saya nak keluar TV,” tulisnya.
Hasil perkongsian ciapan itu, rata-rata pelayar di Twitter memberikan cadangan agar individu yang tidak dikenali itu disekat dan jangan ambil peduli.