Normala Samsudin tergesa-gesa sambut menantu sebelum lockdown -

Normala Samsudin tergesa-gesa sambut menantu sebelum lockdown

Ashraf Roslan bersama pasangannya Hilyati.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas personaliti televisyen Datin Seri Normala Samsudin sempat menyambut menantu sebelum lockdown seluruh negara yang bermula hari ini.

Dalam catatan di Instagram, Normala bersyukur anak lelakinya, Ashraf Roslan selamat diijab kabul dengan pasangannya, Hilyati.

Majlis pernikahan diadakan secara ‘tergesa-gesa’ ketika anak dan menantunya menghantar borang permohonan untuk bernikah tetapi mereka terus diminta memilih slot pernikahan yang kebetulan pada pukul 2 petang hari yang sama.’

Menurut Normala. sebelum ini beberapa temu janji telah ditunda.

Katanya, disebabkan pernikahan itu berlaku secara ‘mengejut’ persiapan juga hanya diadakan secara sederhana.

Malah, mereka hanya memakai baju hari raya baru-baru ini sebagai pakaian pengantin.

“Bergegas balik bersiap, tak sempat, semuanya beli on the spot, baji raya jadi baju pengantin,” kata Normala.

Bagaimanapun beliau menerima perkara itu seadanya kerana musim pandemik dan yang penting ialah reda dengan ketentuan Allah.

“Sebagai emak aku sujud syukur kerana yang wajid sudah didahulukan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya