KUALA LUMPUR: Pelakon, Idris Khan memilih untuk tidak menyertai bidang politik kerana sedar akan besarnya amanah dan tanggungjawab yang bakal dipikul itu.
“Saya pernah terfikir dan ditawarkan untuk masuk politik. Niat kena betul, kuasa dan wang boleh menyebabkan seorang itu terpesong daripada menjalankan tanggungjawab dengan jujur. Contohnya, mungkin ramai di atas sana mencuri kiri kanan.
“Kemudian mampukah kita untuk pastikan semua orang tanpa mengira agama dan bangsa di bawah kita terbela dijaga? Saya tak mampu dan takut dipersoal nanti. Saya akan bantu dan menyumbang kepada negara dengan cara tersendiri,” katanya dalam sesi soal jawab melalui Instagram (IG).
Tambah Idris lagi, sebagai pemimpin juga harus ada sikap tanggungjawab memulihara dan memelihara terhadap alam flora serta fauna.
“Bukan sahaja kebajikan manusia tapi semua makhluk yang ada di muka bumi ini termasuklah alam semula jadi. Manusia sebagai khalifah kepada seluruh ciptaan Allah. Jadi mampukah kita?” akhirinya.